Wednesday, January 30, 2008

BANGUNAN PERINGATAN CHURCHILL - dalam kenangan




Bagi awda generasi yang dilahirkan dalam sekitar awal 90'an mungkin tidak akan dapat mengenali kawasan ini. dan mungkin awda akan tertanya-tanya dimanakah sebenarnya bangunan ini?
Sebenarnya ini adalah Bangunan Peringatan Churchill yang mana bangunan ini telah pun ditukar menjadi bangunan alat - alat kebesaran diraja yang ada sekarang ini. Sebelum ianya bertukar wajah dengan rupa bentukyang ada sekarang ini adalah wajah awal bangunan tersebut. Didalam bangunan ini adalah berupa bentuk muzium peringatan Sir Winston Churchil sejak ia dilahirkan sehinggalah ia dewasa dan menjadi perdana menteri British. Selain daripada itu juga terdapat aquarium perikana, dan juga sejarah perlembagaan negara Brunei Darussalam. Semua ini terdapat pada bangunan itu pada ketika itu. Pada sekitar tahun 70'an dan 80'an bangunan peringatan Churchill ini adalah tempat salah satu tarikan pelancong untuk datang keBSB. Yang mana sekarang ini walaupun sudah berubah nama dan wajah baru ianya semakin popular.

Saturday, January 26, 2008

INDAHNYA BSB
















Jika dilihat pada ketiga - tiga gambar diatas sudah jelas bertapa BSB terus membangun, dan ini sudah nampak jelas digambarkan melalui gambar diatas. Bagi aku sendiri kerana aku membesar disekitar BSB, jadi aku nampak dengan jelas pembangunan yang berlaku disekitar BSB, sejak dari penghujung 70'an sehinggalah kemasa ini. Dan malah aku berbangga kerana perubahan demi perubahan yang berlaku keatas BSB jelas nampak dan aku ikuti perkembangannya.

PADIAN.... dimana kita masa ani?




Apabila kita menyusur kesungai Brunei disekitar tahun - tahun 70'an ketika itu adalah zaman aku membesar kerana aku dilahirkan dalam awal tahun 70'an, kita akan nampak banyak kaum perempuan yang dipanggil PADIAN berkayuh menyusur sungai Brunei membawa barang jualan, ini seperti yang diperlihatkan dalam gambar diatas. Jadi mereka akan menyusur sungai dan singgah dari rumah kerumah untuk menjual barang - barang keperluan seperti ikan dan barang yang lainnya. Jadi para suri rumah ketika zaman itu tidak perlu untuk pergi kekedai dibandar membeli barang keperluan rumah kerana padian ini telah membawa barang keperluan tersebut. Jadi mereka akan berkumpul terlebih dahulu dan bertukar barang untuk dijual terlebih dahulu kemudian barulah mereka menyusur kampong.
Namun hari ini kaum kaum padian sudah pupus, sudah tidak ada lagi kelihatan kaum padian menyusuri sungai Brunei pada masa ini. Bagi anak - anak muda yang dilahirkan disekitar pertengahan 80'an mungkin sudah tidak tahu lagi apa dia padian, kerana mereka ini sudah tidak kelihatan lagi. Mungkin jika ada inisiaitf dari mana - mana pihak tertentu mungkin akan dapat mengembalikan lagi zaman kegemilangan padian ini sekurang -kurangnya untuk memperkenalkan kepada generasi baru sekarang ini dan sedikit sebanyak mereka akan dapat tahu bahawa dinegara BRUNEI DARUSSALAM ini juga ada mempunyai perempuan yang berjaja menggunakan perahu dengan seraung besar dan bukan saja terdapat diThailand.

Thursday, January 24, 2008

PASAR LAMA BSB



Jika kita lihat pada gambar diatas ini bagi awda generasi baru mungkin bertanya dimanakah tempat ini sebenarnya? Adakah ini diBrunei atau ataupun diluar negara. Sebenarnya ini adalah gambar lama kawasan BSB. Dan inilah wajah Pasar Lama BSB, yang mana bangunan Pasar lama BSB ini kini sudah pun dirubuhkan dan dibangunkan dengan bangunan Pusat5 Komersial Bumiputera. Bagi generasi baru mungkin awda semua tidak menyangka bahawa tempat bangunan pusat komersial sekarang ini adalah bekas tapak Pasar lama BSB dulu. Jadi sudah banyak perubahan keatas BSB pada ketika ini. Malah banyak yang mungnkin tidak menyangkakan bahawa pasar lama BSB terleatk ditengah bandar.

PANGGUNG BOON PANG & PANGGUNG BORNEO





Ketika ini apabila kita bercakap mengenai dengan panggung wayang, semua akan tertumpu pada panggung yang ada di The Mall atau Q-Lap Mall, mungkin generasi muda yang ada sekarang ini tidak ada yang mengetahui tentang Panggung Boon Pang. Dimana letaknya panggung Boon Pang pun mungkin ada yang tidak ingat lagi malah ada yang tidak tahu langsung. Jika kita pergi kebandar Seri Begawan sekarang ini, cuma ada dua buah panggung wayang saja yang ada antaranya Panggung Bolkiah depan tamu kianggeh dan juga Panggung Borneo berdepanan dengan bangunan IBB. Tapi dimana letaknya Panggung Boon Pang?

Jika Kita Pergi ke BSB sekarang ini, tempat lokasi Bangunan Takaful IBBD masa ini adalah bekas bangunan Panggung Boon Pang. Seperti yang ada pada gambar diatas. Sekitar tahun 70'an dan awal 80'an kedua - dua panggung ini amat popular, malah persembahan artis dari luar negara juga bberlangsung dipanggung ini. Namun sekitar pertengahan tahun 80'an kepopularan Panggung - panggung wayang dinegara ini agak sedikit menurun apabila pemain VIDEO diperkenalkan dan juga hampir setiap rumah diBrunei mempunyai alat pemain VIDEO masa itu, jadi kebetulan pula ketika itu kedai - kedai untuk menyewakan filem - filem banyak dibuka, jadi oranfg pada ketika itu tidak lagi menggemari panggung wayang, dan ketika itulah turunnya rinking kepopularitian panggung wayang. Dan yang tinggal kenangan ketika ini hanyalah Panggung Boon Pang kerana ianya terubah menjadi bangunan Takaful IBBD.

Bercakap mengenai dengan harga tikit wayang ketika itu jika dibandingkan dengan dulu memang banyak perbezaan. Jika dulu harga tikit mengikut tempat atau kelas tempat duduk. Harga tikit first adalah yang paling mahal ketika itu iaitu $3 lebih, malah harga tikit yang paling murah iaitu didepan screen adalah $0.70 sen. Jadi bagi aku ketika itu masih dizaman kanak - kanak jika aku melihat wayang bersama - sama dengan pakcik ku yang tiga tahun tua dari aku, kami hanya menggunakan tikit $0.70sen, malah itu sudah menjadi satu kepuasan bagi kanak - kanak seperti aku ketika itu. Namun kini segalanya berubah. Harga tikit sudah naik malah sudah tidak ada kelas tempat duduk, semuanya sama saja cuma bebas untuk memilih saja tempat duduk. Tapi yang pastinya untuk melihat wayang ketika ini untuk melihat wayang yang hit mestilah booking awal untuk mendapat tempat duduk yang selesa, jika lambat alamatnyalah akan dapat tempat duduk yang depan screen. Itulah perbezaannya yang jelas ketara. Bagi aku semua itu kini berubah, sesekali aku turun juga melihat wayang dipanggung cuma untuk melepaskan gian untuk melihat wayang dipanggung dan nyatanya ianya sudah berubah. Pengusaha panggung wayang pun kini sudah mampu untuk merasa lega kerana panggung wayang kini kembali popular kerana orang ramai terutama golongan - golongan muda sudah mampu untuk memenuhkan panggung wayang.

Tuesday, January 22, 2008

MENG -INU (Bahasa Orang Kampong Ayer)















Ada beberapa aktiviti kanak - kanak dikampong ayer yang mungkin sebahagiannya tidak diketahui oleh orang lain, iaitu aktiviti yang dibuat semasa ayer tuhur. Jika dilihat pada struktur kaeadaan kampong ayer sewatu ayer tuhur mungkin tanahnya agak becak, namun sebahagian kawasannya terutama disebelah hadapan, tanahnya tidaklah begitu becak jika dibandingkan dengan tanah dibelakang. Jadi bagi aku salah satu aktiviti yang aku lakukan zaman kanak - kanak ku semasa ayer tuhur adalah menginu atau dalam erti kata lain memcari wang syiling yang tertimbus diatas tanah. Jadi itulah yang kmai buat jika ada kesempatan semasa air tuhur. Kami akan menyusuri setiap bawah rumah untuk mencari wang - wang syiling yang terjatuh kebawah, boleh tahan juga kadang - kadan gbukan hanya wang syiling yang kami perolehi malah juga wang kertas seringgit dan lima ringgit. Dan itulah keseronokannya yang kami lakukan semasa air tuhur. Kadang - kadang wang yang kami perolehi daripada menginu dibawah rumah kami belanjakan dikedai runcit kampong seperti membeli aiskerim ataupun keropok. Boleh dikatakan anak - anak kampong ayer sudah ada yang terbiasa diajar untuk berdikari sedari awal.

BAGALAU atau MANDI SUNGAI




Salah satu aktiviti ku semasa aku kanak- kanak dan tinggal dikampong ayer adalah mandi sungai atau terlalu sinonim dengan panggilan begalau dan ianya merupakan aktivit yang menjadi satu kemestian bagi anak - anak yang tinggal dikampong ayer. Bagi aku sendiri semasa aku kecil aku pernah dirotan oleh ibuku kerana begalau aku terlupa untuk pergi sekolah. Mana tidaknya balik dari sekolah ugama kawan - kawan ajak mandi sungai apa lagi mandilah sehingga lupa untuk kesekolah rendah sebelah petang. Apa lagi ibu ronda seluruh kampong mencari aku, sekali jumpa aku, ibu suruh naik rotan singgah kebadanku, apa lagi aku lari balik rumah. Tapi aku tak pernah jera, aku mandi sungai juga bila ada kesempatan. Bagi ibu ku dia tidak membenarkan aku untuk sering mandi sungai, tak tahulah aku kenapa, namun namanya kanak-kanak yang dilarang mesti juga hendak dibuat. Namun keseronokan mandi sungai ini adalah mungkin kerana ianya mandi dalam beramai - ramai jadi suasananya menajdi lebih seronok.
Namun dalam keadaan sekarang ini, apa yang dapat aku perhatikan sudah jarang sekali kelihatan kanak - kanak dikapnomg ayer sekarang ini yang kelihatan untuk mandi beramai - ramai atau begalau disungai brunei. Jika dulu waktu popular untuk mandi sungai adalah semasa cuti sekolah, itulah yang paling menyeronokkan. Dan sewaktu cuti sekolah jugalah berbagai aktiviti dilakukan oleh kanak - kanak dikapmong ayer. Banyak permainan tradisional yang dimain. Apa yang pastinya, kehidupan dikampong ayer ketika itu amat seronok dan menyeronokkan. Yang kini segalanya tinggal memori indah bagi diri ku dan juga teman - teman bekas sekampng ku. Selepas penghijrahan kedarat, banyak kawan-kawan sekampong juga yang berhijrah, namun itulah dia tali persaudaraan tidak pernah akan putus, bila ada satu majlis diadakan yang pastinya barulah kami dapat berkumpul semula, dan bila sudah bertemu masing- masing mengimbau kenangan lama.