Wednesday, January 30, 2008

BANGUNAN PERINGATAN CHURCHILL - dalam kenangan




Bagi awda generasi yang dilahirkan dalam sekitar awal 90'an mungkin tidak akan dapat mengenali kawasan ini. dan mungkin awda akan tertanya-tanya dimanakah sebenarnya bangunan ini?
Sebenarnya ini adalah Bangunan Peringatan Churchill yang mana bangunan ini telah pun ditukar menjadi bangunan alat - alat kebesaran diraja yang ada sekarang ini. Sebelum ianya bertukar wajah dengan rupa bentukyang ada sekarang ini adalah wajah awal bangunan tersebut. Didalam bangunan ini adalah berupa bentuk muzium peringatan Sir Winston Churchil sejak ia dilahirkan sehinggalah ia dewasa dan menjadi perdana menteri British. Selain daripada itu juga terdapat aquarium perikana, dan juga sejarah perlembagaan negara Brunei Darussalam. Semua ini terdapat pada bangunan itu pada ketika itu. Pada sekitar tahun 70'an dan 80'an bangunan peringatan Churchill ini adalah tempat salah satu tarikan pelancong untuk datang keBSB. Yang mana sekarang ini walaupun sudah berubah nama dan wajah baru ianya semakin popular.

Saturday, January 26, 2008

INDAHNYA BSB
















Jika dilihat pada ketiga - tiga gambar diatas sudah jelas bertapa BSB terus membangun, dan ini sudah nampak jelas digambarkan melalui gambar diatas. Bagi aku sendiri kerana aku membesar disekitar BSB, jadi aku nampak dengan jelas pembangunan yang berlaku disekitar BSB, sejak dari penghujung 70'an sehinggalah kemasa ini. Dan malah aku berbangga kerana perubahan demi perubahan yang berlaku keatas BSB jelas nampak dan aku ikuti perkembangannya.

PADIAN.... dimana kita masa ani?




Apabila kita menyusur kesungai Brunei disekitar tahun - tahun 70'an ketika itu adalah zaman aku membesar kerana aku dilahirkan dalam awal tahun 70'an, kita akan nampak banyak kaum perempuan yang dipanggil PADIAN berkayuh menyusur sungai Brunei membawa barang jualan, ini seperti yang diperlihatkan dalam gambar diatas. Jadi mereka akan menyusur sungai dan singgah dari rumah kerumah untuk menjual barang - barang keperluan seperti ikan dan barang yang lainnya. Jadi para suri rumah ketika zaman itu tidak perlu untuk pergi kekedai dibandar membeli barang keperluan rumah kerana padian ini telah membawa barang keperluan tersebut. Jadi mereka akan berkumpul terlebih dahulu dan bertukar barang untuk dijual terlebih dahulu kemudian barulah mereka menyusur kampong.
Namun hari ini kaum kaum padian sudah pupus, sudah tidak ada lagi kelihatan kaum padian menyusuri sungai Brunei pada masa ini. Bagi anak - anak muda yang dilahirkan disekitar pertengahan 80'an mungkin sudah tidak tahu lagi apa dia padian, kerana mereka ini sudah tidak kelihatan lagi. Mungkin jika ada inisiaitf dari mana - mana pihak tertentu mungkin akan dapat mengembalikan lagi zaman kegemilangan padian ini sekurang -kurangnya untuk memperkenalkan kepada generasi baru sekarang ini dan sedikit sebanyak mereka akan dapat tahu bahawa dinegara BRUNEI DARUSSALAM ini juga ada mempunyai perempuan yang berjaja menggunakan perahu dengan seraung besar dan bukan saja terdapat diThailand.

Thursday, January 24, 2008

PASAR LAMA BSB



Jika kita lihat pada gambar diatas ini bagi awda generasi baru mungkin bertanya dimanakah tempat ini sebenarnya? Adakah ini diBrunei atau ataupun diluar negara. Sebenarnya ini adalah gambar lama kawasan BSB. Dan inilah wajah Pasar Lama BSB, yang mana bangunan Pasar lama BSB ini kini sudah pun dirubuhkan dan dibangunkan dengan bangunan Pusat5 Komersial Bumiputera. Bagi generasi baru mungkin awda semua tidak menyangka bahawa tempat bangunan pusat komersial sekarang ini adalah bekas tapak Pasar lama BSB dulu. Jadi sudah banyak perubahan keatas BSB pada ketika ini. Malah banyak yang mungnkin tidak menyangkakan bahawa pasar lama BSB terleatk ditengah bandar.

PANGGUNG BOON PANG & PANGGUNG BORNEO





Ketika ini apabila kita bercakap mengenai dengan panggung wayang, semua akan tertumpu pada panggung yang ada di The Mall atau Q-Lap Mall, mungkin generasi muda yang ada sekarang ini tidak ada yang mengetahui tentang Panggung Boon Pang. Dimana letaknya panggung Boon Pang pun mungkin ada yang tidak ingat lagi malah ada yang tidak tahu langsung. Jika kita pergi kebandar Seri Begawan sekarang ini, cuma ada dua buah panggung wayang saja yang ada antaranya Panggung Bolkiah depan tamu kianggeh dan juga Panggung Borneo berdepanan dengan bangunan IBB. Tapi dimana letaknya Panggung Boon Pang?

Jika Kita Pergi ke BSB sekarang ini, tempat lokasi Bangunan Takaful IBBD masa ini adalah bekas bangunan Panggung Boon Pang. Seperti yang ada pada gambar diatas. Sekitar tahun 70'an dan awal 80'an kedua - dua panggung ini amat popular, malah persembahan artis dari luar negara juga bberlangsung dipanggung ini. Namun sekitar pertengahan tahun 80'an kepopularan Panggung - panggung wayang dinegara ini agak sedikit menurun apabila pemain VIDEO diperkenalkan dan juga hampir setiap rumah diBrunei mempunyai alat pemain VIDEO masa itu, jadi kebetulan pula ketika itu kedai - kedai untuk menyewakan filem - filem banyak dibuka, jadi oranfg pada ketika itu tidak lagi menggemari panggung wayang, dan ketika itulah turunnya rinking kepopularitian panggung wayang. Dan yang tinggal kenangan ketika ini hanyalah Panggung Boon Pang kerana ianya terubah menjadi bangunan Takaful IBBD.

Bercakap mengenai dengan harga tikit wayang ketika itu jika dibandingkan dengan dulu memang banyak perbezaan. Jika dulu harga tikit mengikut tempat atau kelas tempat duduk. Harga tikit first adalah yang paling mahal ketika itu iaitu $3 lebih, malah harga tikit yang paling murah iaitu didepan screen adalah $0.70 sen. Jadi bagi aku ketika itu masih dizaman kanak - kanak jika aku melihat wayang bersama - sama dengan pakcik ku yang tiga tahun tua dari aku, kami hanya menggunakan tikit $0.70sen, malah itu sudah menjadi satu kepuasan bagi kanak - kanak seperti aku ketika itu. Namun kini segalanya berubah. Harga tikit sudah naik malah sudah tidak ada kelas tempat duduk, semuanya sama saja cuma bebas untuk memilih saja tempat duduk. Tapi yang pastinya untuk melihat wayang ketika ini untuk melihat wayang yang hit mestilah booking awal untuk mendapat tempat duduk yang selesa, jika lambat alamatnyalah akan dapat tempat duduk yang depan screen. Itulah perbezaannya yang jelas ketara. Bagi aku semua itu kini berubah, sesekali aku turun juga melihat wayang dipanggung cuma untuk melepaskan gian untuk melihat wayang dipanggung dan nyatanya ianya sudah berubah. Pengusaha panggung wayang pun kini sudah mampu untuk merasa lega kerana panggung wayang kini kembali popular kerana orang ramai terutama golongan - golongan muda sudah mampu untuk memenuhkan panggung wayang.

Tuesday, January 22, 2008

MENG -INU (Bahasa Orang Kampong Ayer)















Ada beberapa aktiviti kanak - kanak dikampong ayer yang mungkin sebahagiannya tidak diketahui oleh orang lain, iaitu aktiviti yang dibuat semasa ayer tuhur. Jika dilihat pada struktur kaeadaan kampong ayer sewatu ayer tuhur mungkin tanahnya agak becak, namun sebahagian kawasannya terutama disebelah hadapan, tanahnya tidaklah begitu becak jika dibandingkan dengan tanah dibelakang. Jadi bagi aku salah satu aktiviti yang aku lakukan zaman kanak - kanak ku semasa ayer tuhur adalah menginu atau dalam erti kata lain memcari wang syiling yang tertimbus diatas tanah. Jadi itulah yang kmai buat jika ada kesempatan semasa air tuhur. Kami akan menyusuri setiap bawah rumah untuk mencari wang - wang syiling yang terjatuh kebawah, boleh tahan juga kadang - kadan gbukan hanya wang syiling yang kami perolehi malah juga wang kertas seringgit dan lima ringgit. Dan itulah keseronokannya yang kami lakukan semasa air tuhur. Kadang - kadang wang yang kami perolehi daripada menginu dibawah rumah kami belanjakan dikedai runcit kampong seperti membeli aiskerim ataupun keropok. Boleh dikatakan anak - anak kampong ayer sudah ada yang terbiasa diajar untuk berdikari sedari awal.

BAGALAU atau MANDI SUNGAI




Salah satu aktiviti ku semasa aku kanak- kanak dan tinggal dikampong ayer adalah mandi sungai atau terlalu sinonim dengan panggilan begalau dan ianya merupakan aktivit yang menjadi satu kemestian bagi anak - anak yang tinggal dikampong ayer. Bagi aku sendiri semasa aku kecil aku pernah dirotan oleh ibuku kerana begalau aku terlupa untuk pergi sekolah. Mana tidaknya balik dari sekolah ugama kawan - kawan ajak mandi sungai apa lagi mandilah sehingga lupa untuk kesekolah rendah sebelah petang. Apa lagi ibu ronda seluruh kampong mencari aku, sekali jumpa aku, ibu suruh naik rotan singgah kebadanku, apa lagi aku lari balik rumah. Tapi aku tak pernah jera, aku mandi sungai juga bila ada kesempatan. Bagi ibu ku dia tidak membenarkan aku untuk sering mandi sungai, tak tahulah aku kenapa, namun namanya kanak-kanak yang dilarang mesti juga hendak dibuat. Namun keseronokan mandi sungai ini adalah mungkin kerana ianya mandi dalam beramai - ramai jadi suasananya menajdi lebih seronok.
Namun dalam keadaan sekarang ini, apa yang dapat aku perhatikan sudah jarang sekali kelihatan kanak - kanak dikapnomg ayer sekarang ini yang kelihatan untuk mandi beramai - ramai atau begalau disungai brunei. Jika dulu waktu popular untuk mandi sungai adalah semasa cuti sekolah, itulah yang paling menyeronokkan. Dan sewaktu cuti sekolah jugalah berbagai aktiviti dilakukan oleh kanak - kanak dikapmong ayer. Banyak permainan tradisional yang dimain. Apa yang pastinya, kehidupan dikampong ayer ketika itu amat seronok dan menyeronokkan. Yang kini segalanya tinggal memori indah bagi diri ku dan juga teman - teman bekas sekampng ku. Selepas penghijrahan kedarat, banyak kawan-kawan sekampong juga yang berhijrah, namun itulah dia tali persaudaraan tidak pernah akan putus, bila ada satu majlis diadakan yang pastinya barulah kami dapat berkumpul semula, dan bila sudah bertemu masing- masing mengimbau kenangan lama.

KAMPONG AYER DULU DAN SEKARANG





Biarpun sudah berhijrah kedarat hapir dua dekad, namun aku tidak pernah lupa dengan tempat kelahiran ku. Sememangnya banyak yang terabadi sewaktu tinggal diKampong Ayer. Aku dilahirkah disalah sebuah kampong dikamponng ayer. Sedari kecil sehingga aku remaja, aku membesar diKampong Ayer, jadi segalanya banyak terabadi dikampong ayer. Banyak kenangan manis pahit manis yang terabadi semasa tinggal dikampong ayer. Aktiviti yang dilakukan semasa kanak - kanak mungkin berbeza dengan anak - anak yang tinggal didarat. INi jelas dapat dilihat dari kehidupan ku masa kini.

Dari segi kehidupan dikampong ayer memang meriah, maklum sajalah jika dilihat dengan keadaan sekelilingnya sudah dapat dilihat yang situasinya begitu seronok, dari segi keselamatan, mungkin terdapat faktor - faktor tertentu yang perlu diambil kira, terutsama jika berlakunya kebakaran. Dan jika dari faktor lain, terutama dari segi faktor kekeluargaan, penduduk kampong mempunyai sistem kekeluargaan yang begitu kukuh, terutama sekali jika ada sesuatu keramaian dan suka duka yang berlangsung, masih dapat dilihat sehingga kehari ini sikap memucang - mucang masih menjadi aamalan bagi mereka dikampng ayer, dan hal inilah yang amat dibanggakan.

Keadaan sebeginilah yang aku rindukan. Bila berhijrah kedarat, nyata sekali suasananya amat berubah, terutama dengan keadaan hingar bingarnya. Jika dulu sewaktu bangun pagi untuk pergi sekolah, keadaannnya nyata jelas nampak bila mana keadaan sebelah menyebelah kedengaran, ada suara tangisan anak kecil yang apa kata orang brunei yang garingkan mandi pagi, ada beriuh dan semua suana ini tidak terdapat bila sudah berhijrah kedarat. Aku rindukan dengan keadaan suasana paginya, bila mana orang ramai menunggu perahu dijetty untuk pergi keseberang untuk bekerja, sementara diatas jambatan kelihatan deretan anak - anak sekolah berjalan kesekolah, semuanya ini hanya menjadi kenangan yang tidak akan pernah aku lupakan malah ianya mungkin akan hanya dapat diabadikan didalm blog ini.

Monday, January 21, 2008


Gambar yang ditunjukan pada ketika ini hanyalah tinggal kenangan pada ketika ini segalanya sudah berubah. Dermaga Kastam dan Imegrisen tempat untuk pergi keLabuan dan Limbang kini telah dirobohkan dan telah diubah menjadi cendera kenangan 60, dan malah ianya telah merubah wajah tambing BSB ketika ini. Gudang beras yang terletak dihadapan dermaga itu juga telah dirobohkan sama, dan semuanya kini telah berubah. BSB kini menjadi indah denganperubahan yang jelas nyata. Aku cukup bangga melihat perubahan ini, semoga BSB akan terus maju dan akan terkenal dserata dunia.

BSB Sudah banyak berubah




BIla aku turun keBSB, aku dapat merasakan terlalu banyak perubahan telah berlaku. Aku masih ingat BSB adalah merupakan tempat aku dan sepupu ronda-ronda dikala aku masih remaja, maklum sajalah ini saja kawasan yang paling dekat dengan kawasan kami tinggal. Jadi untuk pergi ketempat lain , maklum sajalah keitika itu kami belum ada lesen memandu lagi, jadi apa yang jadi kegemaran selepas waktu sekolah hanyalah yturun keBSB, dan jalan serta ronda - ronda dikawasan BSB saja. Ketika itu segalanya ada, dan ianya cukup bagi kami sekadar untuk ronda - ronda. Ketika itu belum ada lagi Bangunan Yayasan, jadi tumpun yang paling popular ketika itu hnayalah bangunan KLASSE JAYA dan KOTA MUTIARA, juga bangunan lama Bangunan Guru-Guru. Dan tempat makan fast food paling popular ketika itu EXPRESS, ketika itu KFC, McDonald, AYAMKU belum ada lagi, KFC dan McDonald hanya dapat dilihat didalam iklan TV malaysia saja. Jadi hanya disitu sajalah tempat untuk kami makan dan merasa makan Fast Food. Namun ketika itu kami cukup selesa dengan keadaan BSB ketika itu.

Jika disebelah malam, tepat lepak yang paling popular ketika itu hanyalah Gerai Makan Kianggeh, yang mana tepat ini masih lagi popular sehingga kehari ini. Dan juga selaindaripada itu jika hendak turun keBSB sebelah malam pun yang ada ketika itu hanyalah Gerai Malam atau sinonim dengan panggilan pasar malam. Yang mana ketika itu kawasan pasar malam adalah bersebelahan dengan TOkong China. Jadi cuma disitullah saja kawasan yang paling ramai disebelah malam diBSB ketika itu. Berbeza dengan masa ini, sudah ada kedai makan yang buka sehingga 24Jam, sudah Coffee Bean dibuka dikawasan BSB, dan jika semua itu ada ketika waktu remaja ku sudah tentu itulah kawasan lepak ku. Namun kini aku hanya dapat memerhati dari jauh, bukan tidak mahu untuk kesana, tapi sudah malas untuk duduk - duduk dan lepak, lagipun kawan - kawan pun banyak yang sudah tidak aktif seperti dulu. Itulah perubahan yang jelas nyata pada BSB ketika ini. Biarpun pada dasarnya setengah orang mengatakan BSB menjadi sunyi sebaik jam 8, namun jika dilihat mereka - mereka yang lepak sehingga keawal pagi tidak menjadikan BSB bandar sunyi.

BRUNEI DARUSSALAM - ABODE OF PEACE




















Setiap kali pulang dari bekerja, sebelum aku balik terus kerumah aku lebih dulu akan melencongkan arah ku menuju ke Bandar Seri Begawan. Entah kenapa aku lebih suka ronda - ronda keBSB setiap kali balik kerja. Aku akan rasa puas selepas aku meronda BSB, biarpun pada dasarnya aku tiada tujuan lain untuk keBSB, tapi mungkin ianya adalah tempat aku sejak aku kecil dan remaja dulu sering melalui tempat ini untuk pulang kerumah, jadi kerana sudah terbiasa ianya menjadi tabiat pada ku. Namun aku akui aku akan rasa rindu jika aku tidak turun keBSB dalam jangka masa yang agak lama, pastinya aku akan turun keBSB jua untuk melihat apa yang berlaku.

Untuk Shopping juga, jika orang lain suka kawasan Gadong untuk membeli belah, berbeza dengan aku, aku llebih suka untuk shopping diYayasan, kerana bagiku ianya mudah dan tidak mudah terperangkap dengan JAM. Dan lagi keadaannya pun mungkin agak sama jika dilihat pada barang yang dikehendaki. Sebab itulah dikalangan kawan - kawan ku aku terkenal dengan jolokan kaki BSB.